Tentang SRITIZM

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota (nama asalnya Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Zulkifli Muhammad) atau ringkasnya SRITIZM adalah milik penuh Sistem Pendidikan Integrasi Mahkota Sdn. Bhd atau ringkasnya SPIZM. Sekolah ini telah direalisasikan penubuhannya dan telah mula beroperasi pada Januari 2016 bagi memenuhi tuntutan masyarakat setempat untuk menyediakan sistem pendidikan Islam berkonsepkan Tahfiz yang komprehensif seiring dengan arus perdana pendidikan negara.

Pendaftaran SRITIZM dengan Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Melayu Pahang (MUIP) telah pun diluluskan seperti rujukan surat MUIP, Bil (19) dlm M.U.I.PHG: 400/407/2 bertarikh 21 Disember 2017 (salinan surat disertakan). Seterusnya SRITIZM akan memohon pendaftaran bagi melaksanankan peperiksaan UPSR. Urusan pendaftaran yang dinyatakan di atas adalah penting bagi membolehkan pelajar SRITIZM mengambil peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) di samping peperiksaan tambahan sekolah iaitu UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam).

SRITIZM juga telah menerima sokongan dari Jabatan Pendidikan Pahang untuk melaksanakan pembinaan dan pembangunan bangunan kekal di atas tanah yang diwakafkan menerusi surat Jabatan bernombor rujukan JPNP.SPSPK.01 600-7/Jld.9/7 bertarikh 11 September 2017 (salinan surat disertakan). Terkini, SRITIZM melangkah setapak lagi ke hadapan apabila telah berjaya mendapat kelulusan penubuhan institusi pendidikan swasta oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) dengan no kelulusan KPM.600-10/3/63(1) bertarikh 13 Mac 2019.

matlamat sritizm

Matlamat dan objektif khusus SRITIZM adalah untuk menyalurkan Pendidikan Islam kepada anak-anak masyarakat Islam melalui sistem Pendidikan Islam yang bersepadu dan syumul yang merangkumi aspek jasmani, rohani, ukhrawi dan duniawi serta membina generasi Al-Quran dalam menghadapi zaman yang mencabar.

MISI SRITIZM

Misi utama SRITIZM adalah melahirkan generasi penghafaz dan cintakan Al-Quran, menyebarkan sistem pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sera menjadikan sekolah aliran tahfiz integrasi sebagai tempat pendidikan pilihan masyarakat keseluruhannya

VISI SRITIZM

Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul

MOTO SRITIZM

BERIMAN . BERAMAL . BERISTIQAMAH

PIAGAM PELANGGAN SRITIZM